BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 22 Disember 2010

~انّ لله و انّ اليه راجعون~



Bismillahirrahmanirrahim....Assalamualaikum w.b.t...
sekadar sedikit perkongsian cerita yg ingin sy coretkan...

Semalam,selesai menimba ilmu di kelas Constitunional Law,sy berjalan pulang ke Mahallah bersama kawan2. Jam menunjukkan pukul 1.15 minit petang,azan zuhur mula berkumandang. Selesai azan dilaungkan,terdengar imam masjid UIAM membuat announcement:-
"Assalamualaikum..InsyaAllah after solat zuhur,we will perform solat janazah....etc."
Dalam hati mengucapkan innalillahiwainna ilaihiraaji'un...al-fatihah...dalam masa yg sama fikiran mula ligat berfikir. Masanya telah tiba,entah bila pula masaku akan menjelma. Terasa terlalu bnyk dosa2 yg telah aku lakukan di dunia namun tidak pula aku kembali kepada Yang Maha Pengampun. Allahuakbar...ampuni dosa2ku ya Allah.

Sehari berlalu...hari ini sy memulakan hari baru lagi. Jam 8.30 pagi, sy bersiap2 untuk ke majlis ilmu. Buku2 ku susun kemas di dlm beg. Sempat sy menikmati keindahan pagi di UIA,dengan pemandangan yg dihiasi dedaun hijau dan kelihatan masjid yg tersergam indah di tengah2 bangunan. Inilah salah satu sebab kenapa sy suka dgn bilik sekarang,sb blh nmpak masjid. Bila hati x tenang,selain berdoa,sy akan duduk di meja study,merenung Masjid yg sangat indah.

Sedang sibuk mnyiapkan diri, tiba2 terdengar suara imam dari masjid UIAM mengumumkan sesuatu. Pengumuman seperti yg kudengar semalam..innalillahiwainna ilaihiraaji'un...al-fatihah...sekali lagi hatiku beristighfar...astaghfirullahal'azim...seorang insan lagi sudah smpi masanya..bila lagi masaku akan tiba...kecut hatiku memikirkan kematian yang entah bila akan menjemputku.

Selesai kelas Islamic Criminal Law,sy dan kawan2 menuju ke center berhmapiran masjid. Kelihatan van jenazah di persekitaran masjid. Mungkin van jenazah pagi tadi kot. Pulang ke mahalaah, selesai memnunaikan solat zuhur, sy cuba melelapkan mata sekejap sambil mendengar lagu2 nasyid. Seraya mata yg hampir terlelap,mata dan hati sy terbuka luas apabila mendengarkan bait2 lagu nasyid ini...

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata..

Serentak jantung berdegup kencang..Selesai lagu dimainkan,azan asar bergema dari masjid. Saya tersedar,terus mengucapkan ampunan,astaghfirullahal'azim...Allah banyak menunjukkan kekuasaanNYA kpda sy pada hari ini. Allah seakan2 ingin mengingatkan hambaNYA yg lalai ini bahawa mati akan datang pada bila2 masa sahaja...terima kasih ya Allah...hari ini sy rasakan hari yg cukup bermakna buat saya...hari yg baru bg sy...Ya Allah,terima kasih kerana menjadikan hariku hari yg sangat bererti...semoga hari esok adalah lebih baik untukku daripada hari ini...begitu juga hari2 seterusnya...amin Ya Rabb..solat asar perlu ditunaikan...:)

0 comments: