Kalau Allah kita kenali, segala-galanya jadi mudah bagi kita...
jika Dia kita fahami, perjalanan hidup kita lebih terjamin dan selamat...
jika Dia kita kasihi, hati sentiasa tenang dari gundah gulana duniawi...
jika Dia kita cintai, rasanya amat indah sekali bila cinta itu berbalas...
Ya Allah...jadikan kami hamba-hamba yang sentiasa mencintaiMU..
tidak lagi hanyut dengan godaan dunia..
tidak lagi lalai dan leka dengan nikmatMU..
sentiasa bersyukur dengan rahmat dan kurniaan dariMU Yang Maha Pengasih..
Ya Rahman..jadikan kami hamba-hamba yang sentiasa sujud meminta keampunan dariMU..
yang menangis hanya kerana takutkan azabMU..
yang menjadikan Engkau tempat mengadu bagi segala kesulitan..
terimalah taubat kami Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Amin Ya Rabbal 'alamin...
Sabtu, 30 Oktober 2010
~Kalau Allah Dikenali~
Posted by ~Zukhruful Islam~ at 6:18 PG 0 comments
Jumaat, 29 Oktober 2010
~Kembara Hidup Seorang Hamba~
Demi masa yang kita lalui
Perlu dihargai jangan ia dibaziri
Kehidupan yang kita kecapi
Kurniaan Ilahi
Perlu ia disyukuri
Kadangkala kita tak menduga
Ujian berlaku tiap masa
Kuatkanlah usaha
Jangan mudah putus asa
Berserah padanya
Kau pastikan berjaya
Mengharunginya dengan
Penuh keyakinan
Posted by ~Zukhruful Islam~ at 3:34 PTG 0 comments
~Mencari ketabahan~
Kelmarin hanya tinggal kenangan
Bersama peristiwa semalam
Adakah hari ini yang ku tempuh
Kan bersinar untuk hari esok
Benarlah apa yang telah dikata
Penantian itu satu penyiksaan
Kepastian membunuh kerisauan
Ketabahan mendamai keresahan
Posted by ~Zukhruful Islam~ at 3:32 PTG 0 comments
Rabu, 27 Oktober 2010
:)
i'm holding back da tears..
i walk,try to lessen my weight heart..
to a place neither close nor far...
where different of me stands..
i will not cry...
i'm holding back da tears..
i run, adding to da weight of my faith..
to a place that is neither high nor low...
where different of me stands..
with a small smile..
i can laugh...
Posted by ~Zukhruful Islam~ at 7:23 PG 0 comments
~Balaslah Kejahatan Dengan Kebaikan~ :)
Di satu sudut pasar Madinah Al- Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta. Hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya dia selalu berkata, "Wahai saudaraku janganlah kami dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya."
Namun tanpa disedari pengemis Yahudi buta, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan. Tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya.
Setelah kewafatan Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar Radhiallahu Anhu (RA) berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?"
Aisyah menjawab pertayaan ayahnya, "Wahai ayahanda, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja."
"Apakah itu?", tanya Abu Bakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana," kata Aisyah.
Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Beliau mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya.
Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapkan nasi, si pengemis itu marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?"
Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa."
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," jawab si pengemis buta itu.
"Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapkan aku tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut," pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya. Beliau menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Beliau adalah Muhammad Rasulullah SAW."
Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar RA, dia pun menangis dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya dan memfitnahnya. Dia tidak pernah memarahiku walau sedikit pun, malah dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi. Dia begitu mulia.."
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah dihadapan Abu Bakar RA.
Posted by ~Zukhruful Islam~ at 6:35 PG 0 comments



