Ya Allah...
sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui,
bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU,
bertemu untuk mematuhi perintahMU,
bersatu untuk memikul beban dakwahMU.
Ya Allah...
sesungguhnya hati-hati ini telah mengikat janji setianya,
untuk mendaulatkan dan menyokong syariatMU,
maka eratkanlah Ya Allah,
akan ikatannya.
Ya Allah...
tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalannya yang sebenar,
penuhkanlah hati-hati ini,
dengan cahaya RabbaniMU yang tak kunjung malap.
Ya Allah...
lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman,
keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU.
Ya Allah...
hidup suburkanlah hati-hati ini,
dengan ma'rifatMU,
pengetahuan sebenar tentangMU.
Ya Allah...
jika sekiranya Engkau mentakdirkan hati-hati ini mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para Syuhada',
dalam perjuangan agamaMU.
Ya Allah...Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,
Ya Allah...perkenanlah permintaan ini,
Ya Allah...restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad S.A.W,
keluarga dan para sahabat baginda S.A.W.
Amin ya Rabbal 'alamin...
Toko Online Lampit Rotan Terpercaya
10 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan